Monday, January 31, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SKBBS (AGM) ke 20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mesyuarat agung PIBG SKBBS kali ke 20 selamat di jalankan pada 29hb Januari 2011 bertempat di Sekolah Keb Bandar Baru Selayang. Terimakasih saya ucapkan kepada semua ibu-bapa yang sudi hadir pada mesyuarat tersebut.

Beberapa isu penting telah di suarakan oleh pihak ibubapa dan diantaranya berkaitan keselamatan pelajar dan harga makanan di kantin sekolah. Beberapa rumusan dan cadangan telah di utarakan di dalam mesyuarat tersebut. Dapat di simpulkan bahawa harga dan kualiti makanan di kantin agak menggusarkan ibubapa di samping keselamatan anak-anak di dalam kawasan sekolah dan di luar sekolah. Tidak kurang juga isu berkaitan kelemahan pelajar menguasai bahasa Inggeris turut menarik perhatian.

Antara resolusi yang di keluarkan hasil dari mesyuarat ini adalah pelancaran tabung laluan berbumbung merangkumi tempat menunggu untuk pelajar. Satu kutipan kilat telah di lancarkan dan sokongan dari ibubapa yang hadir amat menggalakkan. Projek ini akan menjadi fokus utama PIBG SKBBS bagi tahun 2011. Berkaitan keselamatan, PIBG juga akan memberi insentif kepada pengawal bagi mengawal lalulintas dan membantu pelajar semasa pulang dari sekolah.

Suasana perjalanan mesyuarat yang penuh dengan ulasan dan cadangan yang proaktif dan membina dari pihak ibubapa dan sekolah amat bermakna kerana ini lah bentuk perbincangan yang kita semua harapkan. Semoga berjumpa di AGM ke 21, Saya berharap semua warga ibubapa dan sekolah mengekalkan corak perbincangan sebegini.

Sekian terimakasih sekali lagi kepada pihak sekolah dan ibubapa yang menjayakan AGM PIBG SKBBS kali ke 20.

ROSLAN BIN ABAS
YDP PIBG SKBBS sesi 2010/2012

No comments:

Post a Comment

Aktiviti - aktiviti lain